Sunday, February 10, 2013

:: Wedding Checklist ::


Assalamualaikum dearsss :)

Untuk yang masih xpasti ape nak buat sekarang ni bagi bakal2 bride-to-be luar sane..meh sini bace checklist yang bergune untuk korang xsesak nafas bile wedding korang nak dekat. cekidauttt.. :)

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih tarikh dan waktu bernikah.
 Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
 Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
 Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
 Tetapkan tema majlis.
 Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
 Rancang aturcara majlis.
 Uruskan bajet.
 Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
 Hubungi saksi pernikahan
 Pilih tempat kursus perkahwinan.
 Tempah lokasi majlis berlangsung.
 Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
 Pilih juruandam.
 Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
 Pilih katerer.
 Pilih jurufoto dan juruvideo.
 Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Pilih cincin pernikahan.
 Pilih kumpulan persembahan.
 Pilih kek pengantin.
 Bincang rekaan baju.
 Bincang barang hantaran.
 Pilih penggubah hantaran.
 Rancang destinasi bulan madu
 Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Himpunkan senarai tetamu.
 Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
 Tempah destinasi bulan madu.
 Tempah juruandam.
 Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Tempah pengacara majlis / DJ  (termasuk PA sistem).
 Tempah katerer.
 Tempah jurufoto dan juruvideo.
 Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Tempah cincin perkahwinan.
 Tempah kek pengantin.
 Tempah kumpulan persembahan.
 Tempah penginapan untuk tetamu.
 Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
 Tempah penggubah hantaran.
 Beli barang hantaran.
 Hadiri kursus perkahwinan.
 Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
 Buat rawatan muka. 

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih dan tempah kad jemputan. 
 Sediakan peta lokasi.
 Beli cincin perkahwinan.
 Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
 Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
 Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
 Tinjau lokasi majlis.
 Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
 Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
 Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
 Bayar deposit (jika perlu)

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat 
Agama Negeri masing-masing.
 Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
 Sahkan tempahan pakej juruandam.
 Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
 Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
 Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan kek pengantin.
 Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
 Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
 Sahkan tempahan percutian bulan madu.
 Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
 Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
 Buat tempahan untuk melakukan spa.
 Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
 Pilih senarai lagu / nasyid.
 Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
 Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
 Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
 Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis 
perkahwinan.
 Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
 Cetak aturcara majlis.
 Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari 
jauh.
 Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
 Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
 Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
 Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
 Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
 Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
 Buat rawatan muka dan badan. 
 Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
 Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
 Sediakan hiasan meja.
 Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
 Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
 Berlatih senyum setiap hari. 

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar 
Pernikahan.
 Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
 Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
 Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
 Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
 Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
 Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
 Mula kemas beg untuk bulan madu.
 Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan 
profesional perkahwinan dalam sampul surat.
 Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan anda sudah bercuti.
 Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
 Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
 Sahkan semua perincian dengan katerer.
 Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
 Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
 Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
 Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
 Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
 Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
 Buat raptai untuk majlis resepsi.
 Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
 Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
 Pakai inai di jari.
 Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
 Bangun awal dan mandi sunat.
 Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
 Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
 Lalui majlis dengan penuh gembira!

*pengsan tengok checklist*

Sekarang February..so aku ade 10 bulan lagi untuk prepare and survey ape yang patot..Aku harap end of March aku da settle pilih katering, tempat majlis resepsi (Alhamdulillah dewan da dapat) and so on lah. banyak sgt list sampai juling mate aku ni.haha.

Good luck all 

2 comments:

Nisa said...

hai. wedding theme peach+green mint samalah dengan my engagement theme haritu.. suka color tu :)

dilla ohh lala said...

yupss. me pon suka pastel color. cantikkk :)