Friday, December 31, 2010

:: happy new year ::



hye kawannnn2....
tut..tut..tut..tepat kul 12 malam ni berakhirlah tahun 2010 yang menyimpan segala suka duka in ur life. korg pown kan?? ade pahit, manis, masam *eh adeke? haha!

arini juge my lil sis intan nadzirah punye birthday..esoknye my babah plak ..haishh..dekat2 je korg ni..sorg akhir taon..sorg awal taon.papepown..happy birthday to both of u! sayanggg..mmwahhhx!

papepown kawan2 semua..saye nordalila binti abd rahman aka dilla nak ucapkan selamat menyambut tahun baru. tahun baru, azam baru oke! baru seswaiiii nok! hehe.
harap sumanya baek2 aja..peace no war :)



bye bye 2010..hye hye 2011..

to b, i heart u soo much. hope our relationship shine everyday, always n forever.
assalamualaikum :)



:: kalo nak tahu lebih lanjut sile klik ::

:: harimau malaya ::

29 dec 2010.congratulations.bravo.tahniah setahniah2nye lah kepada skuad bola sepak kebangsaan kite. harimau malaya kerana berjaya mengaum dengan kemenangan piala suzuki utk tahun 2010 ni. seyes aku bangge gile menjadi anak malaysia. sumpah bangge doe! hahaha!

ptg tu aku o9, aku rajin la plak layan twitter tgk fan2 indon ngan malaysia gado2 kan.lawak ade,kekekkeke aku ketawe, fanatik tol la dorg ni.. tp yg paling hangin aku bace kat page ni macam2 fans fanatik indon ni maki2. cam #$%^&**&@! huh! (sabar ye dilla) bialah mereka2 tu..yg penting Malaysia menang you all..my country oke! hehe..proud to be malaysian! *brape kali mao ulang daaa labuuuuu?? :p
haha!watever!

first time my babah duk tercongok depan tv. kalo b4 ni die duk xkesah je kan ngan bola..final ritu die yg beriye.haha.sampai panggil kitorg 'da starttttt'.hahhaha.
lawak lah..sejak bile lak babah aku ni layan bola sepak msia kannn..aku ingat lg..die penah ckp..'kalo bg free tix tgk bola pown babah xingain masok' heh.yolahh tu bah oiii..skrg pecer?? ahha! :p

aku paling solute lahh kat penjage gol msia ni kan khairul fahmi. nak menanges aku tgk die dpt tgkp almost tendangan dr player indon kann. superb oke! first gol dr safee sali wat umah aku bergema ngan sorak..mak aii bising lah kann satu umah neh..sore memasing xnk kalahkan ziana zain plak nyaring die..haha! ngek tol. tp bile gol da masok ke gawang msia 2 kali..isk2..sedeyh la plak..doa je wisel cepat abes.
n yesssss!piala suzuki akhirnya dpt oleh malaysia! for da 1st time oke! syabas mere bete!

to rajagobal..anda sudah membimbing pasukan msia ke tahap yg membanggekan! teruskan usaha anda! we support u.Malaysia boleh!!!!

enjoy saat2 malaysia dapat piala :)

final malaysia vs indonesia





anugerah top scorer..safee sali..babah aku ckp die cam allahyarham mokhtar dahari. :)



n fans malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! beshnyerr kalo dpt same2 bg sokongan..kan kan?



go Malaysia go!

:: jodoh kite? ::

salam korggg..kali ni saye nak share satu artikel pasal jodoh.kot2 la korang ade admire pastu pening2 lalat nak terime sumeone tu or x..so saye share dsini ye.hee :) Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. pastu fikir2kan lah adakah si die jodoh anda? selamat ya'all :)



1.Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, December 22, 2010

:: kami ::

time entri ni ditulis our relationship da masok 2 bulan 9 hari..hehe.
selame 2 bulan ni macam2 yg kami tempuh. and all dat we have been thru together was awesome. die sgt baek n caring pasal saye! bertuah dpt kenal ngan die. terime kasih pn dewi (our lecturer).were in same supervisor.kalo x sebab wat final year project ni, maybe xkenal die.thanx madam.hee :)

suke die.
sayang die.
rindu die.

da masok 2 bulan ni..we alwiz keep thinking about our future.yess! of cos i want to be mrs faeq daniel.saye syg die.sumpah! lover him very much! (ewah2 ko tu blaja lg nok!) haha! xkesah la..if study n love seiring xsalahkan? kan kan? asalkan pandai bahagikan masa. tol x? :)






n lastly, i luph this picca ever..tehee :)



yes.i will be ur princess..aminn :)

hope our relationship till last forever.
lots of love to him.
faeq daniel bin mohammad.

salam :)

:: hana tajima ::

she was awesome..yeahh! an islamic fashion designer.cool kan :)

For my twitter people x from Hana Tajima on Vimeo.



MAYSAA x YUNA : LIVE FASHION/LOVE MUSIC : INTRO from Luey Motion Lab on Vimeo.



layannzzzzz...
salam n have a nice day! :)

:: mari ber-tumblr! ::






kawan2..mari2 same2 kite bertumblr. cam menarik je tgk pic2 yg my fren post kan kat fb tu kan..memule cam pelik gak..ape lah bende alah nye tumblr nih..poning palo den ni ha.pastu duk la depan lappy ni berjam2..geledah pe patot..haha.then bukak acc..tanye member..adoii..bute it sekejap nok! haha!

a bit info about tumblr.

Tumblr is a microblogging platform that allows users to post text, images, videos, links, quotes and audio to their tumblelog, a short-form blog. Users can follow other users, or choose to make their tumblelog private.

so, frens, add me at tumblr and lets reblog the awesome pic. i do likeyyy..do u?
jum2 ad me.. dillaohhlala.tumblr.com

salam and have a nice day :)

:: inspire ::



salam semua. arini tetibe aku terajin la plak kan membace blog org..haha.kinda weird tetibe rajin.heheh.(rajinkah aku??)..seronok rupenyer membace entri2 org neh..membuatkan aku gelak guling2 sorg2..haha! ngeng kan? blog 1st yg aku bace http://peliks.blogspot.com/ by maria elena . tawu blog ni time my fren, aize post kan vids minah ni..maria..kinda weird..but shes must be sporting gila babas! like her style lah girl.im very like it.sempoi but trendy. loikeeee it very muchhhhh LOL! :p

tgk entri2 die..all about her life, n of cos fashion.yes! i love fashion but sumtime tersekat sket..beselahh student..fulus problemo lahh.hihi.just mix n match ape yg ade dlm wardrobe tu lah.hee..but im happy wit my life. just nice..

ok.back to the story, she inspired me to wrote n rajin2 berblogging lah. maybe im not enough good in writing, but im try to membebel dlm blog ni.but membebel sumthing interesting.hehe.i wish for dat.i like the way she wearing a hijab, shawl n seangkatan dengannya lah.hehe.

see..simple but nice kan??

n for sure, stylo! :)

n dis is me compare to her..

poyo kan? spek pinjam.haha!

xde plak pic sorg2..btw, this is my housemate :)

papepon, maria ni da bg inspirasi kat aku lah. emm..dalam kepale ni da terbayang nak bukak bisnes shawl..(still thinking..) emm..oke lah as a side income kan kan?? teehee.. i <3>

oke..have a good day everyone :)
salam.