Wednesday, September 21, 2011

:: wordless wednesday #1 ::

motif gambar ini???

ceteke..
ceteke..


cube tengok kat kanan atas sekali. same x ngan pic profile pic saye? tah cemane aku leh tersesat kat situ tah..fan page abby abadi. tang die nak begambo la muke aku msok sekali..peliks! n bajet retisss jap..muntah*

tenkiu sue bagitau..kecik pown keciklahh :p

bye! <3

Thursday, September 08, 2011

:: segalanya tentang NOMBOR ::


bile bercakap tentang nombor, dimana-mana mesti ade nombor.
xpercaye?

cube tengok hp korang. ade nombor?

nak tengok tv? remote mesti ade nombor untuk tekan channel.

nak topup kene beli nombor topup baru leh msg/call.

nak baju baru mesti kene beli dengan harge dan adalah didalam bentuk nombor!

pastu mase sekolah2 dulu mesti berebut nak dapat nombor 1 kan??

bahkan masa itu pown didalam nombor!

tetapi...

menarik kan kalau ade rahsia disebalik nombor! jommm tengok!



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

amacam kene x dengan diri tu? haaaaaaaa..lepas tu senyum sorang2. :p

mine?? im a number 2 person. wee~

ape2 pun itu hanyalah ramalan saje taw!


*got this email from husna, my officemate =)

have a nice day uol!

thanks! <3

:: jom LIKE! ::

salam n hye!

for the first time ever aku masuk contest okay.


Foto No. 88 : Dilla OhhLala

Xpresso Printz mempersembahkan Peraduan GilaGempak! Foto Raya.
Dengan cara yang mudah gila.Tiada syarat terselindung. Tiada sebarang pengeras dikenakan.Anda tidak semestinya Professional Photographer.Hanya perlu.....

1. Ambil Foto Raya anda.

2. Klik Like Facebook Xpresso Printz cer..like..cer like (wajib)

3. Upload Foto Raya anda. (letakkan caption utk foto tersebut)

4. Tunggu sehingga foto anda akan dimasukkan kedalam album peraduan GilaGempak! Foto Raya Xpresso Printz.

5. Setelah foto anda sudah dimasukkan didalam Album, bagitau kawan2, kawan2 opis, bos, keluarga tersayang, sedara-mara jiran sekampung, sape2 je lah jugak utk klik "LIKE" foto anda.

6. Foto yang paling tertinggi LIKE nyer didalam Album akan menang bergaya beraya bersama iPad2 & Photobook lee komeee.

Peraduan berakhir 25hb September 2011. Pengumuman pemenang pada 26hb September 2011.

Tips untuk Menang: Tag & Share foto anda didalam Album Peraduan GilaGempak! Foto Raya & dapatkan sokongan dari semua orang yg ada FB untuk mendapat LIKE tertinggi. Sebarkan berita baeek ini setiap hari...Cepat Bertindak!..

nak like??

step 1 : klik sini : http://www.facebook.com/Xpressoprintz

step 2 : klik foto no 88
... ...http://www.facebook.com/photo.php?fbid=274301772586924&set=a.271608052856296.87611.150609031622866&type=1

so far like dah 338+..thank you soo much kepada yang dah like. appreciate with your vote kawan2 :)

klik 'like' jika anda suka..dibulan baik ni saye ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi like..akhir kate, SELAMAT HARI RAYA to ALL MY FREN. JANGAN MAEN MERCUN taw! :)


p/s : this contest end 25 September 2011.ade mase lagi nak like.hihi~

bye! <3

Wednesday, September 07, 2011

:: safety first for GIRLS ::

salam kawan2..u MUST READ this! especially for girls. safety first!
this is email i got from my fren, aina aka uyun. thanks dear for this article. love you :D

Salam dan hai readers,
Info PENTING untuk
berkongsi dengan semua!
Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.


Pertama , wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua,
Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga,
Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia!

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!


Sampaikan mesej ini kepada semua wanita supaya salah seorang wanita dalam hidup kita tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka!

i love all my frens. so do aware about this ye.

bye! <3


:: color block..apekahh?? ::

salam n hyee!

memandangkan i've got a free time, saje google and blogwalking. and of course a girl the prettier things rite? so do i. ape lagi..saje google2 and i found this! sumthing interesting and caught my attention!

it is a color blocking!

tengok color block, macam kite kembali pada zaman 80's or 90's back. sekarang everything yang ala2 zaman dahulu kala, old skool la senang cite sangat2 in. lagi2 nowadays banyak sangat bazaar yang wat style vintage. and vintage mostly in a colorful way.

I love C.O.L.O.R.S!

untuk mendapatkan kesan color block, korang boleh beli je dekat kedai. nowadays banyak kedai jual tops, pants and accessories yang colour diee..mengancam habess! cantik tertarik!

x pown korang D.I.Y. carenye?? simple! korang pegi wardrobe korang sekarang.selongkar baju2 korang.mudahkan? LOL~

then, korang boleh mix and match kan color mengikut citarasa korang sendiri. boleh tambah dengan aksesori like bangle, earing, scarf, bag etc. D.I.Y lagi bagi kepuasan kan?? and...boleh saving! =)

cume satu je lahh..antara berani atau x nak try maen dengan color kan? (like me!)


aku pernah masuk professional image class organize by my company,cyberview sdn bhd (thanks!) i've got interesting color blocks to share with :)

GREEN + RED = WOWW!

PURPLE + YELLOW = WOWW!

ORANGE + BLUE = WOWW!

antare color2 that can make you look wOWw! shud try!

pic2 semase dating dengan encik google. zasssss color block!




for hijabers, jangan pakai camni pulak ye. this is for review only and maybe u can get inspired. kan kan?

some accessories


pic from : my amethyst


pic from : my amethyst



pic from : nurulcakapcakap


pic from : my amethyst

PURPLE + YELLOW = WOWW tak??

lastly..me with nurulcakapcakap pic taken time OBB party!


sekian. selamat mencube.see yah! <3

Monday, September 05, 2011

:: soalan same lagi ::


assalamualaikum!

ni nak share plak satu soalan yang mesti kene hadap.lagi2 bile da keje kan. haih. aku baru je keje haa..baru 1st time bagi duet raye kat budak2. first time ever okay.
da nak tanye pasal soalan yang satu nii.
bile nak tunang??? dangggggg! aduii..kalo ade duet skrg pown boleh! biarlah kami merancang semuanya.kumpul duet dulu. bile sampai jodoh kami, tunggu lah kad sampai kat depan rumah anda.cewahhh giituu :p
bukan senang okay.banyak nak pakai duet.
lepas tu aku terjumpe ni dekat facebook. khas untuk para lelaki sekalian..bace..
‎"Aku trima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM..."
Bunyi mcm sng? Nah ni erti sbnr nya:
"Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya,apa saja dosa yg dia buat,dari dedah aurat hingga tinggalnya solat,aku tanggung & bkn lagi ibu bapanya.Dan aku tanggung semua dosa2 bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah"
susah bukan? tu lah tanggungjawab seorang lelaki sebagai ketua keluarga.
p/s : faeq daniel. diharapkan awak menjadi ketua keluarga yang baik untuk saye dan anak2.(future ye) aminn :)
bye! <3

:: tips ke bazaar? ::


hye assalamualaikum.

harini hari ke-7 syawal..

sedar xsedar, kite banyak berhabes untuk shopping kan? sume nak serba baru. kasut baru, beg baru, baju baru, sume lahhhh ade perkataan BARUU.

korang penah pegi bazaar? i love bazaar! since blogwalking blogger2 yang aku slaloo usya blog dorg, macam nak try! blogger2 femes ni pown ade branding dorang sendiri..and contoh yang aku slaloo usya cala man, qala isya,pastelina, old blossom, jetscarves by yuna (sekadar menyebut beberapa name).

dan sesungguhnya i love bazaar! korang ckp je ape, banyak stuff2 yang best2 kengkadang rare pown ade. tu yang sonok tuh! and semestinye MURAHHH! dan ini boleh menyelamatkan duet poket korangg.

memang ade yang cakap watt? bazaar? beli baju kat bazaar je? soo wattt? ade aku kesah? kengkadang barang yang berjename pown bukan lawa sgt..kat bazaar kene pandai pilih la.kalo kene.it suits you and make it become WOWW! trust me :)

so saje nak share tips before pegi bazaar tu. lets check it out! LOL :p

tips 1 : Pilih bazaar yang betul
before pegi bazaar tu google la dulu ape yang bazaar tu sediakan dan paling penting organizer die okay ke x.reputable die lah aku maksudkan..sebab ade jugak yang bazaar ala2 kadar je. kalo menepati citarase korang..haa..ape lagiii..jom serbu! kalo x menepati tu xyah la bazir minyak kete korang kannn....
tips 2 : Vendor
kebanyakan yang anjurkan bazaar ni slaloonye vendor2 yang ade online shop aka blogshop cth dalam facebook, blog or website. jangan la pemalas sgt nak google blogshop dorang. pastu korang pikiaq la berbaloi-baloi ke x nak pegi bazaar tuh.

tips 3 : Pakaian to dress up
slaloonye bazaar yang blogshop wat bukan kat tempat aircond taw. harus diingat tu ye kawan2..so pakai lah something comfortable ya. korang pown mesti nak try2 baju tu. pastu nak snap2.itu adalah acara wajib (sebab aku pown camtu!) :p

tips 4 : Bawak beg sendiri
bazaar sekarang ni ala2 eco-friendly. so bawak la shopping tote korang sendiri ye. sebab kengkadang if you're lucky dapat discount hanye sebab korang bwk beg sendiri. dah la murahh..bawak beg sendiri dapat discount lagii..best tuu.


tips 5 : Bargain aka tawar menawar

haha! ni la part paling best dialam semesta! selaloo kalau dalam blogshop xleh bargain kan? so ni la masenyer! lagi2 kalo korang beli few pieces. bestt gler! dapat harge murahhh GIILEERRRRR wa cakap!

So ape lagi..kalo ade bazaar tu moh le kite berkunjung beramai2..entri ni time aku pegi bazaar Old Blossom Box Store by Jezmine Zaidan..cant wait for next bazaar! :)

bye! <3

:: salam eidulfitri ::









assalamualaikum. sehingga entri ni ditulis da masuk sayawal ke- 7, so xterlambat rasenya nak wish selamat hari raya to uols. dan sebagai tande kite sebagai umat islam merayakan hari kemenangan. we made it kawan2! yeah! :







maka, selama itu lah jugak kite menjadi 'incredible hulk' sebab semua makanan - lomang, rondang, ketupat, nasi impit, lontong, dan segale macam juadah makanan yang terhidang atas meja tuh. lupekanlah segale diet2 korang tuh di hari raye nii..maklumlahh..setahun sekali kann.. ni lah masenye nak rase makanan lazat2..tol x? korang jgn nak tipuu lahhh. :p





btw..ni mak sedare n kazen2 sebelah babah aku.depan tu wan ngan mama. ni ade yang x masuk lagi nii..




ni family sebelah mama. with makteh n family je..laen raye ke 2 baru lik.xsmpt snap.









and...this is my family!



korang tengok adek beradek pompuan aku pakai baju oren kan? aku je peliks cket. act ae cerite disebalik baju tu. baju raye suppose oren this year. da siap tempah dekat tailor. aku ade bagi sepasang baju kurung moden as baju contoh. pastu aku ade la cakap nak labuhkan baju drpd bju asal. amek dari tailor tu ari ahad, 2 hari before raye sebab tailor tu dekat n9..alang2 da balik kampung terus singgah dekat rumah tailor tu. mama yang tolong amek kan.bile da dapat, ohh rase xsabarnye nak raye!!

bile try baju tu, rase nak nanges je..SINGKATTTT! oh sedeyhnyerrrrr! tros off mood! hmm..

naseb la ade bwk baju raye lagi satu. n baju kuning tu mak aku punye baju act. naseb okay! huuuuu..semputttttttttttttttt. tapelah..i've got an idea to alter the baju kurung moden.

malam raye di kampung aku.weehooo!


syiokkk weh!


ni lah kampung saye di negeri sembilan :)


raye raye gak..hari kemerdekaan xlupe taw!


happy merdeka raya!



posing time with anak dara and ade terselit mak dara ye disitu.hihi

anyway, i've got a blast hari raye. and for the first time ever aku bagi ANGPOW dekat adek2 sedare. 1st time lah jugak aku rase hows every parents feel macam semputtttttt tiap kali menjelang syawal. sume nak baru. duit raye lagi.haih~



perlu bekerje keras nii..nak simpan duit untuk beli kete, rumah, kawen lagi..upssss~


bye! <3