Friday, June 28, 2013

Pre Wedding Photoshoot

Hai readers!

Agak berhabuk belog ku ini. Rindunyaaaaaa! 

Now dah July..sekejapnyaaa rase..da xlame lagi je.. So far Alhamdulillah preparation okay. Yang part penting2 da settle contohnya catering dan dewan. 

Just wanna update our pre wedding shoot last week by our photographer.Before ni ade update pasal idea for pre wedd kat sini.  Idea yang kami pilih ala2 klasik sikit. Lets picca tells the story i told ya! 




Date : 21 June 2013
Location : KTM Kuala Lumpur & Hotel Majestic
Photographer : Titian Songo Studio (highly recommended sebab pic diorang super ohsem!)


Salam.

Sunday, February 10, 2013

:: Wedding Checklist ::


Assalamualaikum dearsss :)

Untuk yang masih xpasti ape nak buat sekarang ni bagi bakal2 bride-to-be luar sane..meh sini bace checklist yang bergune untuk korang xsesak nafas bile wedding korang nak dekat. cekidauttt.. :)

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih tarikh dan waktu bernikah.
 Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
 Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
 Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
 Tetapkan tema majlis.
 Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
 Rancang aturcara majlis.
 Uruskan bajet.
 Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
 Hubungi saksi pernikahan
 Pilih tempat kursus perkahwinan.
 Tempah lokasi majlis berlangsung.
 Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
 Pilih juruandam.
 Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
 Pilih katerer.
 Pilih jurufoto dan juruvideo.
 Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Pilih cincin pernikahan.
 Pilih kumpulan persembahan.
 Pilih kek pengantin.
 Bincang rekaan baju.
 Bincang barang hantaran.
 Pilih penggubah hantaran.
 Rancang destinasi bulan madu
 Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Himpunkan senarai tetamu.
 Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
 Tempah destinasi bulan madu.
 Tempah juruandam.
 Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Tempah pengacara majlis / DJ  (termasuk PA sistem).
 Tempah katerer.
 Tempah jurufoto dan juruvideo.
 Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Tempah cincin perkahwinan.
 Tempah kek pengantin.
 Tempah kumpulan persembahan.
 Tempah penginapan untuk tetamu.
 Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
 Tempah penggubah hantaran.
 Beli barang hantaran.
 Hadiri kursus perkahwinan.
 Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
 Buat rawatan muka. 

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih dan tempah kad jemputan. 
 Sediakan peta lokasi.
 Beli cincin perkahwinan.
 Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
 Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
 Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
 Tinjau lokasi majlis.
 Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
 Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
 Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
 Bayar deposit (jika perlu)

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat 
Agama Negeri masing-masing.
 Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
 Sahkan tempahan pakej juruandam.
 Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
 Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
 Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan kek pengantin.
 Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
 Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
 Sahkan tempahan percutian bulan madu.
 Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
 Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
 Buat tempahan untuk melakukan spa.
 Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
 Pilih senarai lagu / nasyid.
 Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
 Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
 Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
 Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis 
perkahwinan.
 Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
 Cetak aturcara majlis.
 Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari 
jauh.
 Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
 Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
 Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
 Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
 Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
 Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
 Buat rawatan muka dan badan. 
 Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
 Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
 Sediakan hiasan meja.
 Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
 Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
 Berlatih senyum setiap hari. 

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar 
Pernikahan.
 Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
 Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
 Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
 Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
 Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
 Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
 Mula kemas beg untuk bulan madu.
 Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan 
profesional perkahwinan dalam sampul surat.
 Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan anda sudah bercuti.
 Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
 Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
 Sahkan semua perincian dengan katerer.
 Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
 Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
 Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
 Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
 Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
 Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
 Buat raptai untuk majlis resepsi.
 Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
 Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
 Pakai inai di jari.
 Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
 Bangun awal dan mandi sunat.
 Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
 Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
 Lalui majlis dengan penuh gembira!

*pengsan tengok checklist*

Sekarang February..so aku ade 10 bulan lagi untuk prepare and survey ape yang patot..Aku harap end of March aku da settle pilih katering, tempat majlis resepsi (Alhamdulillah dewan da dapat) and so on lah. banyak sgt list sampai juling mate aku ni.haha.

Good luck all 

:: Theme Color Idea for Reception ::

Assalamualaikum n hye!

Rindu pulak dekat blog ni..Busy dengan keje..penat..macam2 lagilah. Ni da masuk February..memang every weekend ade kenduri kawen. Semua kawan2 rapat pulak tuh. neway, Congratulations to pengantin2 baru kat luar sane..ingat..Tanggungjawab makin berat uolss. Dulu kene jage sendiri je.Ni da kawin, kene jage sesame sendiri taw. Semoga perhubungan kalian dirahmati dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin..

*amboi panjangnye pendahuluan* hiks :p

Alamakkk da February, sedar xsedar mase cepat berlalu..so aku ni mule lah banyak nak fikir..hehe! al-maklum lah big day kite sendiri kan..mestilah exsaited terlebih! sebenarnye dalam kepale aku ni asyik terpike pasal theme color for our wedding reception. 

For our wedding reception, the idea is pastel color. ahh..I really super in love with pastel color..

Peach Color


+


Mint Green


Apabila peach bertemu dengan mint green color..ni lah hasilnya!






ok x? hehe.. Insyallah we will do the best for our big day nanti :)




Wednesday, January 16, 2013

:: Pre-Wedding Shoot Idea ::

Hye and salam..

16 Jan 2013.Jam da menunjukkan pukul 2:25a.m dan aku masih xtido lagi.esok keje oi! hee. Bukan ape, just saje survey and searching the idea on how we gonna do the pre-wedding shoot! Semangat x? Yelah, pic time pre-wedding ni nak diletakkan dekat banner time majlis resepsi kitorang nanti.Jadi haruslah bersemangat. Walaupun majlis dijadualkan hujung tahun ni, tapi kan senang kalo buat awal, xde lah nak pening2 kepala.kan kan kan?

So, jom usya the ideas. Let's go! :


Pre-Wedding at beach. Oh mesti sexy! hehe.




Pre Wedding scene sendiri. Very the creative!


Pre Wedding ala2 Korean drama. Suweet je!


Pre Wedding Garden theme. Santai jee.



Pre Wedding with balloons! oh so colorful!! 


arghh! aku ni memang suke dengan this couple. i dunno why most of my inspiration came from Scha ni taw! baju tunang aku pown inspired dari baju raye die.hehe.


Pre Wedding 60s. I like this kind of shoot.
Bile lagi nak merase zaman 60s kan? Oh this is the time baybeh!

So, confirmed that we gonna shoot pre wedding in 60s theme. And mengambil Schawal punye pre wedding inspiration which is the venue is at the KTM KL. Our pre-wedding shoot maybe in March 2013. So sekarang kene cari props yang sesuai untuk shoot gambar pre-wedding ni. Ape ye? ade idea boleh kongsi2..Sharing is caring maaa.. :)

Ok. Sekian..mahu tidur dulu..

Assalamualaikum semua. Bye.


:: Mini Veil Bertunang ::

Hye Assalamualaikum,
Since jadi tunangan orang ni, rasenye xbrape banyak yang berubah..same je actually..cume kengkadang babah aku ade pesan rajin2 masak sebab die tahu anak die ni cemane..heh heh heh..
So memey kene rajin2 kan diri la sekarang ni..tp al maklumlah ade gak malas2 tu..bangun lambat sume..chill la dulu..kan kan? Since i upload pic My E-Day dekat fb..ade yang tanye pasal mini veil yang aku pakai..
Sebenarnye mini veil yang aku pakai tu last minit cari taw. Dengan bantuan En Google, aku search google image dusty pink color. Keluarlah pic ni..cantik! as i wish.. the heavy beads atas kepale..sebab my peplum dress kosong, kalo boleh nak ade heavy beads so xnampak la kosong sangat kan.
Nak tahu dekat mane?? Veil by Adria Cottage :)
So aku terus email tanye pasal veil tu. And the problem is veil tu labuh and i think it not suit with peplum style sebab nampak macam sarat dekat pinggang. So after had a short telephone conversation with Aida, the owner of Adria Cottage, aku cakap yang aku nak mini veil.

Senang sangat nak communicate dengan Aida ni. Aku just bagi color and die buatkan. Aku xcakap banyak pon. She knows what to do. Thanks Aida :)



see..i love the combination of color..off white..soft pink..and fuchsia pearl!

So sape2 yang pening nak fikir pasal veil, you can like ther facebook, Veil by Adria Cottage yah! :)

image *tag photo*

 thanks and salam semua :)