Friday, June 28, 2013

Pre Wedding Photoshoot

Hai readers!

Agak berhabuk belog ku ini. Rindunyaaaaaa! 

Now dah July..sekejapnyaaa rase..da xlame lagi je.. So far Alhamdulillah preparation okay. Yang part penting2 da settle contohnya catering dan dewan. 

Just wanna update our pre wedding shoot last week by our photographer.Before ni ade update pasal idea for pre wedd kat sini.  Idea yang kami pilih ala2 klasik sikit. Lets picca tells the story i told ya! 




Date : 21 June 2013
Location : KTM Kuala Lumpur & Hotel Majestic
Photographer : Titian Songo Studio (highly recommended sebab pic diorang super ohsem!)


Salam.

Sunday, February 10, 2013

:: Wedding Checklist ::


Assalamualaikum dearsss :)

Untuk yang masih xpasti ape nak buat sekarang ni bagi bakal2 bride-to-be luar sane..meh sini bace checklist yang bergune untuk korang xsesak nafas bile wedding korang nak dekat. cekidauttt.. :)

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih tarikh dan waktu bernikah.
 Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
 Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
 Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
 Tetapkan tema majlis.
 Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
 Rancang aturcara majlis.
 Uruskan bajet.
 Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
 Hubungi saksi pernikahan
 Pilih tempat kursus perkahwinan.
 Tempah lokasi majlis berlangsung.
 Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
 Pilih juruandam.
 Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
 Pilih katerer.
 Pilih jurufoto dan juruvideo.
 Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Pilih cincin pernikahan.
 Pilih kumpulan persembahan.
 Pilih kek pengantin.
 Bincang rekaan baju.
 Bincang barang hantaran.
 Pilih penggubah hantaran.
 Rancang destinasi bulan madu
 Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Himpunkan senarai tetamu.
 Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
 Tempah destinasi bulan madu.
 Tempah juruandam.
 Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Tempah pengacara majlis / DJ  (termasuk PA sistem).
 Tempah katerer.
 Tempah jurufoto dan juruvideo.
 Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Tempah cincin perkahwinan.
 Tempah kek pengantin.
 Tempah kumpulan persembahan.
 Tempah penginapan untuk tetamu.
 Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
 Tempah penggubah hantaran.
 Beli barang hantaran.
 Hadiri kursus perkahwinan.
 Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
 Buat rawatan muka. 

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih dan tempah kad jemputan. 
 Sediakan peta lokasi.
 Beli cincin perkahwinan.
 Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
 Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
 Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
 Tinjau lokasi majlis.
 Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
 Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
 Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
 Bayar deposit (jika perlu)

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat 
Agama Negeri masing-masing.
 Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
 Sahkan tempahan pakej juruandam.
 Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
 Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
 Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan kek pengantin.
 Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
 Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
 Sahkan tempahan percutian bulan madu.
 Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
 Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
 Buat tempahan untuk melakukan spa.
 Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
 Pilih senarai lagu / nasyid.
 Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
 Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
 Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
 Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis 
perkahwinan.
 Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
 Cetak aturcara majlis.
 Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari 
jauh.
 Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
 Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
 Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
 Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
 Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
 Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
 Buat rawatan muka dan badan. 
 Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
 Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
 Sediakan hiasan meja.
 Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
 Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
 Berlatih senyum setiap hari. 

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar 
Pernikahan.
 Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
 Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
 Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
 Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
 Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
 Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
 Mula kemas beg untuk bulan madu.
 Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan 
profesional perkahwinan dalam sampul surat.
 Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan anda sudah bercuti.
 Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
 Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
 Sahkan semua perincian dengan katerer.
 Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
 Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
 Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
 Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
 Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
 Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
 Buat raptai untuk majlis resepsi.
 Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
 Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
 Pakai inai di jari.
 Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
 Bangun awal dan mandi sunat.
 Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
 Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
 Lalui majlis dengan penuh gembira!

*pengsan tengok checklist*

Sekarang February..so aku ade 10 bulan lagi untuk prepare and survey ape yang patot..Aku harap end of March aku da settle pilih katering, tempat majlis resepsi (Alhamdulillah dewan da dapat) and so on lah. banyak sgt list sampai juling mate aku ni.haha.

Good luck all 

:: Theme Color Idea for Reception ::

Assalamualaikum n hye!

Rindu pulak dekat blog ni..Busy dengan keje..penat..macam2 lagilah. Ni da masuk February..memang every weekend ade kenduri kawen. Semua kawan2 rapat pulak tuh. neway, Congratulations to pengantin2 baru kat luar sane..ingat..Tanggungjawab makin berat uolss. Dulu kene jage sendiri je.Ni da kawin, kene jage sesame sendiri taw. Semoga perhubungan kalian dirahmati dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin..

*amboi panjangnye pendahuluan* hiks :p

Alamakkk da February, sedar xsedar mase cepat berlalu..so aku ni mule lah banyak nak fikir..hehe! al-maklum lah big day kite sendiri kan..mestilah exsaited terlebih! sebenarnye dalam kepale aku ni asyik terpike pasal theme color for our wedding reception. 

For our wedding reception, the idea is pastel color. ahh..I really super in love with pastel color..

Peach Color


+


Mint Green


Apabila peach bertemu dengan mint green color..ni lah hasilnya!






ok x? hehe.. Insyallah we will do the best for our big day nanti :)




Wednesday, January 16, 2013

:: Pre-Wedding Shoot Idea ::

Hye and salam..

16 Jan 2013.Jam da menunjukkan pukul 2:25a.m dan aku masih xtido lagi.esok keje oi! hee. Bukan ape, just saje survey and searching the idea on how we gonna do the pre-wedding shoot! Semangat x? Yelah, pic time pre-wedding ni nak diletakkan dekat banner time majlis resepsi kitorang nanti.Jadi haruslah bersemangat. Walaupun majlis dijadualkan hujung tahun ni, tapi kan senang kalo buat awal, xde lah nak pening2 kepala.kan kan kan?

So, jom usya the ideas. Let's go! :


Pre-Wedding at beach. Oh mesti sexy! hehe.




Pre Wedding scene sendiri. Very the creative!


Pre Wedding ala2 Korean drama. Suweet je!


Pre Wedding Garden theme. Santai jee.



Pre Wedding with balloons! oh so colorful!! 


arghh! aku ni memang suke dengan this couple. i dunno why most of my inspiration came from Scha ni taw! baju tunang aku pown inspired dari baju raye die.hehe.


Pre Wedding 60s. I like this kind of shoot.
Bile lagi nak merase zaman 60s kan? Oh this is the time baybeh!

So, confirmed that we gonna shoot pre wedding in 60s theme. And mengambil Schawal punye pre wedding inspiration which is the venue is at the KTM KL. Our pre-wedding shoot maybe in March 2013. So sekarang kene cari props yang sesuai untuk shoot gambar pre-wedding ni. Ape ye? ade idea boleh kongsi2..Sharing is caring maaa.. :)

Ok. Sekian..mahu tidur dulu..

Assalamualaikum semua. Bye.


:: Mini Veil Bertunang ::

Hye Assalamualaikum,
Since jadi tunangan orang ni, rasenye xbrape banyak yang berubah..same je actually..cume kengkadang babah aku ade pesan rajin2 masak sebab die tahu anak die ni cemane..heh heh heh..
So memey kene rajin2 kan diri la sekarang ni..tp al maklumlah ade gak malas2 tu..bangun lambat sume..chill la dulu..kan kan? Since i upload pic My E-Day dekat fb..ade yang tanye pasal mini veil yang aku pakai..
Sebenarnye mini veil yang aku pakai tu last minit cari taw. Dengan bantuan En Google, aku search google image dusty pink color. Keluarlah pic ni..cantik! as i wish.. the heavy beads atas kepale..sebab my peplum dress kosong, kalo boleh nak ade heavy beads so xnampak la kosong sangat kan.
Nak tahu dekat mane?? Veil by Adria Cottage :)
So aku terus email tanye pasal veil tu. And the problem is veil tu labuh and i think it not suit with peplum style sebab nampak macam sarat dekat pinggang. So after had a short telephone conversation with Aida, the owner of Adria Cottage, aku cakap yang aku nak mini veil.

Senang sangat nak communicate dengan Aida ni. Aku just bagi color and die buatkan. Aku xcakap banyak pon. She knows what to do. Thanks Aida :)



see..i love the combination of color..off white..soft pink..and fuchsia pearl!

So sape2 yang pening nak fikir pasal veil, you can like ther facebook, Veil by Adria Cottage yah! :)

image *tag photo*

 thanks and salam semua :)

Thursday, December 27, 2012

:: My Engagement Day ::

Assalamualaikum all,

I'm officially E.N.G.A.G.E.D on 23 December 2012. Alhamdulillah everything going well and smooth. And the best part is xhujannn! Syukur banyak2 pada Mu ya Tuhan..bayangkan kalau hujan, mesti agak kelam kabut, even khemah disediakan..

Let's picture tells the story.....

i'm officially engaged with Faeq Daniel :)
Dress : Peplum inspired by Scha Al-Yahya
Shawl : beli kain @ Gulati's n jahit tepi n kelim by my friend

n the best thing shawl with veil is below RM100!



Got inspired from peplum dress by Scha Al Yahya
Cume labuhkan sikit the layer sebab berhijab kan..then kain tu aku cakap kat tailor buat potong 6..so jadi lah macam ikan duyung sket..hehe.



discussion from both side. 
time ni aku tengah snap2 ngan kawan2 aku dalam bilik nak elakkan nerves punye pasal.


Ni lah hasilnye..orang kat lua tengah bincang..kitorang dalam bilik snap2..hehe


see... muke nerves kan? :p
aku rase hand bouquet itu sebagai penyelamat sebab kalo tangan aku shaking pon xnmpk! :p


the Lord of The Rings.hehe.
2 rings which is belah rotan for cincin risik and cincin batu for tunang. + duit hadiah.


Cincin tunang disarungkan di jari manis oleh his kakak..before tu cincin risik oleh his auntie.


my lovely family with future family :)


My happy family <3 p="p">

like my last entry teaser for mini pelamin, super love this mini pelamin from Butik Pengantin Sanggar Cinta


My shoot bile xde keje


this also


My hand bouquet

I am still waiting for my official photographer, Titian Songo Studio to upload in their Fb pages.
Will update soon.


My big family



Last but not least, this is the guest gift yang hakak buat sendiri.. The idea was given by my mom which is cookies! Aku just beli botol tu and decorate the sticker. Then xnk bagi die masuk angin cepat aku just add up with dolly paper..so nampak nice sikit.

Alhamdulillah majlis semuanya berjalan lancar.Semoga hubungan kami kekal dan direstui oleh-Nya.
Aminnn.
:)
*love*

Monday, December 10, 2012

:: Engagement Photographer ::

Salam n hye uolls,

First of all, nak mengadu penat sikit sebab banyak kene fikir. nak buat itu, nak buat ini. So far, sekarang boleh kate 80% dah siap. Tapi itu x nampak lagi sebab semua sub kat orang. macam pelamin, hantaran, katering dan lain-lain. Tapi alhamdulillah yang besar2 semua da settle. Tinggal yang kecik2 ni je. Tapi yang kecik2 ni la yang leceh sebenarnye. sape setuju angkat tangan. hihi.

So post kali ni pasal photographer.

Actually tugas ni diberikan kepada bakal encik tunang untuk memilih siapakah photographer untuk majlis tunang weolss ni. tapi cari punye cari ade xfree la, pic xbrape nk kene dengan taste lah, macam2 lah, so nak dijadikan cerite time weolss pegi kursus kahwin dekat precint 9 Putrajaya ritu, dekat depan ade satu studio ni. cool gler kalo tengok dari luar. macam best je ni *dalam hati*

So after habes kursus kawen tu, we decide nak pegi usya2 kejap and tanye package yang diorang offer. Memule memang rase macam agak pricey. Bile balik and fikir2kan balik, ape salahnye spend untuk pic kite sendiri yang hanya sekali seumur hidup kan? *aminn*. Gambar pon cantik. i loike their piccas! Plus, diorang tengah buat promosi akhir tahun. And the best part, diorang ni unlimited shoot, custom album, potret canvas and FREE pre-wedding photoshoot. Ade certain photog yang limit kan hours kan..takut macam rushing..xbest. And weolss terus booked! Yang bestnya weolss da xsabar nak photoshoot pre-wedd! boleh?? haha. eksaited nak fotoshoot pre-wedd lebih dari pic untuk tunang,hihi.


And ade 2 my friend ade buat photoshoot dengan diorang ni.

Sarina for her wedding



and...farrahin for her maternity


So adorable. i likeeeee!!

maigaddddd! i'm counting the days untuk jadi tunangan orang okay. now xde rase ape2 lagi, maybe nak dekat tu raselah..kot :p

Package?

Uolss boleh contact and view pic2 yang diorang shoot dekat 
or
blog : Titiansongo

:)

Thursday, November 29, 2012

:: Guest Gift ::

Salam n hye readers!

As im in the midst of preparing my engagement ceremony, aku macam pening nak pikir ape yang aku nak bagi untuk guest nanti. Lepas tu aku terperasan kotak yang my parents dapat time attend majlis kahwin anak kawan diorang.Comel! And after that, terus google dekat fb die..Nak tengok?

Korang boleh search GreenEmpire.

Jom kite tengok their collection of boxes. Comel2 gittewww! zasss!




Paling berkenan dengan design yang last tu. sungguh oh-sem! ini boleh jadi idea untuk majlis kahwin nanti ni.
*got the idea**yeay!!!*

Simple and adorable! I loikee!

Actually banyak idea untuk guest gift..Antaranye :

1) Biskut Roka tu salut chocs and buat ala2 Ferrero Rocher, then bungkus macam lollipop, and jadikan macam bouquet of flowers. Nice but quite difficult. 

2) Apam polkadot - As we know apam polkadot sangatlah comel and sangat colorful. Just order dekat my mom friend sebab die buat sedap. n kene beli bekas je la.

3) Cookies in a jar - Choc chip cookies buat sendiri, and beli botol kace. then letak ribbon and the idea nak tampal stickers 'engagement day" dekat botol supaya xnampak kosong.

Then after discuss dengan my mom, pilihan no 3 tu macam okay je. My mom kate buat dalam mase seminggu nak dekat majlis. Ok kot. So aku ade mase nak prepare nak beli ribbon and Encik Faeq akan design stickers tu nanti. Hopefully ok :)

Thanks *love*

:: Kursus kahwin ::

Salam n hye blogger and readers!

Macam femes je aku ni nak hye2 readers kan? tah ade ke x yang bace tah! ahha. xpe..hidup ini mesti positif beb. baru maju. ok itu adelah intro.

Ape yang aku nak update for today pasal kursus kahwin yang kitorang attend last week which is on 24 and 25 November 2012. After google then weolss decide nak attend kursus di Precint 9 Putrajaya.

Address : 
Putrajaya precint 9,
Bilik Latihan, Tingkat 1,
Jalan P9E, Precint 9,
62250 Putrajaya.

Tak tahu tempat kat mane? ok. sile KLIK SINI. 

Lagipun dekat dengan rumah bakal encik tunang. Dah lame sebenarnye daftar name. Supposed on October,
but then ade je halnye. So lastly date 24 and 25 November 2012 menjadi pilihan.

Peserta kursus diberi 6 slot dalam jangka masa 1 hari setengah tu.

Sabtu

1) Komunikasi Suami Isteri dan pengurusan kewangan dan Masa
2) Prosedur perkahwinan dan Pembubaran

Ahad
1) Pengurusan Stress dan Konflik serta Rundingcara keluarga
2) Hubungan Keluarga dan akidah
3) Kesihatan
4) Ibadah & Akhlak

Kursus lengkap dengan fail dan makanan disediakan..kalau xnk pon, dekat bawah pusat latihan ni ade mamak, boleh je makan kat situ.

Lagi satu, uolss akan dapat buku untuk dijadikan panduan for your future marriage. 


*tapi aku pon xkhatam lagi uolss*
hikhik

whewww!
Tapi sepanjang kursus gelakkk je. Ustaz n ustazah wat lawak je keje. Camni baru best. kalo x, memang kerass wa cakap duduk dalam tu. Yang belum pergi tu, cepat daftar dan belajarlah :)

Bye! <3 p="p">

:: Wordless Thursday ::


Salam n hye readers!

pelik eh ade wordless Thursday? selalu ade wordless Wednesday je kan?? hee..belasahhhh aje! :)

but it's really2 true. fikir2kan dan selamat beramal my dear friends! *love*

Tuesday, November 13, 2012

:: Cincin Risik + Tunang ::

assalamualaikum..

First of all, aku amat2 berterime kasih kepada mama n babah Abd Rahman and Azizah sebab sudi temankan  anakanda mu ini pergi membeli cincin. Actually da lame nak beli sebab dengar2 harge emas turun, tapi xberkesempatan nak beli.ade je programnye..

Sebelum ni kalau weolss pergi shopping mall ke ade gak masuk kedai emas macam Poh Kong, Habib, Wah Chan semua same je harge..RM195 per gram uolsss! SEGRAM okay! *pengsan* haha. si die da garu2 kepale dah. Bukan ape, banyak gile pakai duit. Tapi sebenarnye die da transfer bajet duit nak beli cincin to my account.hiks! Kalau boleh nak cincin risik and tunang RM1k or lebih sikit. Lepas da survey2 tu cincin belah rotan paling murah pon RM300++ and cincin batu  paling murah penah survey dalam RM1200++. So total RM1500 untuk 2 cincin. So kene spend sikit lagi untuk cincin. Aku n my parents decide beli cincin dekat Kuala Pilah sebab harge emas sane murah katenyer..ok ma :)

10.11.12 - kami pergi our colleague wedding reception dulu dekat Masjid di Kelana Jaya. Lebih kurang 2pm kami otw balik ke Bangi dan pick up mama n babah..So kami berempat la pergi ke Kuala Pilah. Faeq Daniel, welcomed to Negeri Sembilan. My kampung! wee :)

Orang cuti sempena Deepavali kan, makenye penuhla kereta diatas jalan raya, dengan hujan lebat lagi, kami sampai Kuala Pilah around 5pm. Agak lambat sebenarnya sebab kedai emas sane bukan macam kat sini tutup pukul sepuloh. Nasib bukak lagi :)

sampai2 je ade dalam 5 buah kedai emas yang bukak lagi, tapi kedai yang slalu mama beli tutup plak. so mama n babah survey harga and yang paling best kat sini harga segram RM161 yawww! Encik Faeq da senyum2 da.hihi. ape lagi, trus pilih. For cincin merisik, weolss beli cincin belah rotan, and untuk tunang, weolss beli cincin berbatu. Tapi parents aku cakap orang Negeri Sembilan bertunang xleh pakai cincin batu. Ah sudah! bising jugak la kat kedai tu mama babah n aku cakap pasal ni. Last2 call adek babah n die cakap boleh cincin batu sebab majlis bukan buat kat Negeri Sembilan. haishh! adat2 ni.. pelik2 je.

cincin belah rotan
pic from google


Pic from google
*Not mine ye*

*The real picture will be reveal soon.hiks :)

After pilih cincin belah rotan, deal price die and i was like "OMG! biar btol ni.." harge lepas da deal sebentuk cincin belah rotan dapat dengan harge RM225 je! perfecto! Cincin batu plak, harga buka dari RM1200, die bagi paling kurang RM870. After borak2 ngan babah n mama, diorang mintak RM700 at first die xbagi, last2 die cakap "ok2 lah, saya bagi jugak la RM700" n total for 2 rings is RM925!! and it is under our budget!! Alhamdulillah.. Terbaek la negotiation mama n babah aku ni. hehe! 

Nak balik tu nak elak jalan jem, my parents decide singgah sebentar dikampung, so itu adelah 1st time Faeq Daniel datang ke kampung aku.hihi.Jumpelah die dengan wan and pakcik makcik aku.

Malam pulak celebrate birthday my adek, Laila Syazwani and the best part, he joined the celebration and our makan2!
 
 
My Family
 
 
we and us

Happy Birthday Laila Syazwani
Hope you can achieve what you want in life and good luck for SPM!
be a good girl to family and others.
Insyallah..Aminn :)

Sunday, November 04, 2012

:: Mini Pelamin + Make Up ::

Untuk majlis bertunang ni, aku and mama decide untuk menyewa sahaja mini pelamin. Sebab if buat sendiri, banyak barang yang perlu cari.. bunge,  kain, peralatan deco, so it maybe will be a bit priceyy dan tambah2 lagi memang xgune dah. Just cari mini pemain yang simple, ok enough.

Majlis akan berlangsung bulan December bukan alasan untuk bertangguh. lagi cepat lagi elok. Kite tak tahu ape yang akan terjadi nanti bile bertangguh2 ni. so awal bulan October ritu aku dah tempah mini pelamin untuk majlis aku nanti.

Butik pengantin yang aku survey semuanya depan rumah aku je. senang! naseb area rumah aku ni banyak kedai and butik pengantin. Kitorang pergi 5 butik pengantin. Tapi yang paling aku berpuas hati dengan butik Sanggar Cinta. amboi name..kelasss kau!hehe.

Pakej untuk mini pelamin + make up die bagi RM600. ini adelah yang best price antara kelima2 butik tu + i like makeup die. Make up yang akak ni buat based on die punye album memang cantik. soft je, xover. i loikee! hopefully time majlis aku nanti, die make up kan aku sepaerti ape yang aku harapkan. Insyallah. Amin :)

Nak tengok mini pemain? hehe..teaser.. jeng..jeng..jeng..



Pic ni diambil after discussion dengan orang butik tu. nak tengok hasilnye, tunggu 23 December 2012 nanti ye :)