Monday, June 28, 2010

:: sekadar mengingati ::

ive got it from my fren notes in fb..sile bace..renung2 kan dan selamat beramal :))


Notis Penting: Bagi wanita yang tidak menutup aurat, tidak kira di mana sahaja anda berada (di luar rumah), ianya tetap menjadi satu kesalahan Syarak. Namun kita tidak boleh dengan mudah membuat kesimpulan seseorang wanita itu banyak dosa atau pun akan masuk neraka kerana kita tidak tahu bilakah dia melakukan kebaikan yang lain dan bilakah Allah mengampunkannya

Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4163

Firman Allah: “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam.Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).


Assalamualaikum,

Ana ingin mengutarakan persoalan berkaitan hukum wanita muslimah menjadi model busana muslimah dan fesyen tudung yang semakin terbuka dan berleluasa di dalam majalah berunsurkan Islam seolah-olah perkara tersebut dibenarkan syara’ kerana tiada mufti atau fatwa di Malaysia yang memberi hukum terhadapnya? Lebih-lebih lagi model muslimah tersebut memakai ‘make-up’ atau tabarruj yang jelas seperti lipstik dan sebagainya. Apakah hukum menjadi model tersebut dan hukum bertabarruj untuk tontonan umum?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Antara perkara yang dimaklumi umum ialah sesuatu itu diambil kira tentang hakikatnyadan bukan semata-mata pada namanya sahaja seperti ungkapan mashur :-

العبرة بالمسميات لا بالأسماء

Samada bentuk pakaian itu dinamakan busana muslimah ataupun nama-nama lain , yang terlebih penting ialah samada pakaian itu memenuhi SYARAT –SYARAT yang telah ditetapkan sebagai menutup aurat ataupun tidak .

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (QS al-nur ayat 30)


Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).” (QS Al-Ahzab 33)


Sabda Rasulullah SAW (HR Muslim)

صنفان من أهل النار لم أرهما بعد قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

“Dua kategori penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti (pemukul) seperti ekor lembu –sebagai simbolik pemerintah yang zalim – dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ,berjalan secara berlenggang lenggok mempunyai sanggul seperti bonggol unta .Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu sejauh perjalanan tertentu”


Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2. tidak nipis
3. tudung hendaklah melepasi paras dada
4. tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5. tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah


Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan.

No comments: